Anas Ridzuan gementar nak sambut baby


Penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Anas Ridzuan, 29, berkongsi perasaan gementarnya untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya kurang sebulan lagi.
�Kalau mengikut jangkaan, isteri saya akan bersalin pada pertengahan bulan ini. Teruja memang ada, tetapi sebenarnya, lebih banyak rasa gementar.

�Mestilah gementar kerana ini pengalaman pertama dan saya sendiri pun belum tahu bagaimana dan apa perlu dilakukan untuk membesarkan anak,� katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, bintang filem Busker itu sentiasa bersyukur kerana keluarga dan teman-temannya tidak lokek berkongsi ilmu menjadi bapa dengannya.

Dia juga memaklumkan, menjelang hari-hari terakhir sebelum kelahiran, isterinya yang juga bekas peserta program Mentor 6 itu berada dalam keadaan sihat.



�Isteri saya dalam keadaan sihat. Begitu juga dengan bayi lelaki dalam kandungannya. Dia tak ada mengalami sebarang alahan atau masalah sepanjang lapan bulan kehamilan ini,� katanya.



Apa pun, Anas sentiasa mengharapkan agar peminat mendoakan yang terbaik buat isterinya.

Untuk rekod, Anas dan Ana mengikat tali perkahwinan pada 22 Oktober 2016.

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==